Tuesday 7 February 2012

macam-macam lah : 5 Benda Pelik Yang Pernah Dibaling Ke Dalam Padang Bola Sepak

Sepanjang sejarah bola sepak, ada ramai peminat yang fanatik terhadap kelabnya. Dan banyak cara juga mereka apresiasikan untuk kelab tercinta dari nyanyian untuk memeriahkan suasana hingga bunyi mercun yang menghangatkan stadium. Itu semua mereka lakukan untuk menunjukan bahawa mereka ada di sana sebagai pemain ke-12.

Tapi kadang-kadang para peminat fanatik ini terlalu jauh dalam menunjukkan rasa sayang mereka terhadap kelab kesayangan mereka. Berikut ini adalah 5 benda pelik yang pernah dilempar penyokong ke dalam padang bola sepak sepanjang sejarah bola sepak.


1. Bola Pantai
Terjadi di Scotland ketika pertandingan Celtics vs Glasgow.

2. Kepala Babi
Ini merupakan bentuk kemarahan penyokong Barcelona terhadap Luis Figo, kerana Figo pindah ke Real Madrid yang merupakan musuh tradisi Barcelona.
3. Scooter
Ini terjadi pada pertandingan Inter Milan vs Atalanta. Sebelum pertandingan dimulakan, penyokong Inter mencuri scooter dari penyokong Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium. Scooter di simpan di tempat kosong di dalam Stadium San Siro dan berusaha dilemparkan ke dalam padang.

4. Arnab
Ini terjadi di Greece, ketika pertandingan tim Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung.

5. Donut
Penyokong Hajduk Split (Croatia) memprotes presiden kelab mereka dengan membaling donut ke dalam padang. Kebetulan Presiden Kelab mereka mempunyai perusahaan kuih donut.

Saturday 4 February 2012

PANAS: Awek ‘Terbaru’ Khairul Fahmi Tunangan Orang?



KUALA LUMPUR – Dunia internet kecoh lagi pasal penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang kini dikatakan bercinta pula dengan seorang gadis manis yang dikenali sebagai ‘Leuniey’ (gambarnya di atas).

Ia gara-gara seorang pemilik akaun laman sosial Twitter yang dikenali sebagai @MahSiH2.
Dia mendakwa Apex merupakan seorang “player” dan telah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya sebelum ini, Dahlia Teck.

“Seorang yang tidak dikenali telah mencipta satu akaun Twitter dan menghebahkan pada umum yang penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti, Khairul Fahmi Che Mat telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.

“Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan,” kata blogger terkenal Abang Nara dari beautifulnara.com
.
Mynewshub.my turut menjejak laman Twitter milik @MahSiH2 itu dan mendapati memang benar dakwaan Abang Nara mengenai gosip tersebut dan pemilik laman sosial itu kini sedang sibuk memaki hamun Leuniey yang dilabelkan sebagai ‘betina yang gatal’.

“Khairul fahmi,, mu tinggal dalia semata2 utk tino tu??? haktuihh. Kalo baik xpe gak… Ni sanggup putus tuney semata2 gilo ke mu…

“Leuniey si tino garik tu ado butik pengantin kat KB… Blajo bodoh tu yg jaga butik mek dio..
“Leuniey tu tuney ore. 2 minggu tuney pahtu mintak putus sbb kemaruk sgt dgn si khairul fahmi suara kepit… Puiii,” kata @MahSiH2 memburuk-burukkan Apex dan Leuniy.

Mynewshub.my cuba menghubungi Apex untuk mendapatkan maklum balas berhubung tuduhan @MahSiH2 namun taliannya gagal ditembusi.

sumber-Mynewshub.my

Tuesday 10 January 2012

Terpengaruh hasutan rakan, anak halau ibu !


KUALA TERENGGANU- Dek kerana terlalu terpengaruh dengan hasutan rakan, seorang anak sanggup menghalau ibu kandungnya dari rumah dengan mengugut akan menggunakan ‘minyak mati bunuh’ sekiranya enggan.

Zulkefly Muhamad, 22, yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati apabila permintaannya untuk mendapatkan sedikit wang daripada ibunya yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan tidak dihiraukan.

Bagaimanapun, dia yang turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja telah mendatangkan ketakutan terhadap ibunya, Gayah Embong, 50, di kediaman mereka di Kampung Titian Baru, Pengadang Buloh, di sini, pada 20 Disember tahun lalu kira-kira jam 8 malam.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun sama yang memperuntukkan penjara dalam tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa berada di rumah dan tertuduh telah mengamuk dengan merosakkan harta benda di dalam rumah disebabkan mangsa enggan memberikan wang yang diminta tertuduh.

Susulan kejadian itu dan sehinggalah sekarang, mangsa terpaksa lari dari rumah dan tinggal bersama anak perempuannya di Kampung Batu Rakit kerana bimbang sekiranya tertuduh akan mencederakannya sekeluarga.

Mangsa syak perbuatan tertuduh yang sanggup mengugut akan menggunakan ‘minyak mati bunuh’ terhadap mereka sekeluarga adalah kerana termakan hasutan rakannya dengan panggilan ‘Zali’.

Susulan laporan polis dibuat, tertuduh ditahan di rumahnya pada 5 Januari lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Duel : 5 Selebriti Wanita Paling Cantik Di Malaysia ! (ohBULAN!)

Pilihan pertama kami sudah tentunya Neelofa, pelakon yang berjaya meletakkan namanya setanding dengan senior-senior popular dalam masa kurang setahun. Seiring dengan populariti yang dikecapi, Neelofa boleh dikatakan mempunyai pakej yang lengkap sebagai selebriti, mempunyai kecantikan dan kecerdikan. Jika kena caranya, satu hari nanti dia bisa memegang takhta primadona Malaysia.
 Rozita Che Wan tanpa perlu disangkal lagi kerap mencuri perhatian para lelaki dengan bentuk badannya yang ‘wow’. Walaupun usia sudah mencecah 30-an, wanita ini bagaikan menjadi idola buat para wanita di Malaysia yang ingin kelihatan cantik sepertinya. Lihat sahaja iklan Safi Rania Gold, jangan tipulah kalau mata anda tak berkelip.


Satu lagi nama yang menjadi pesaing Neelofa, iaitu Anzalna Nasir. Namanya agak perlahan menapak dalam industri hiburan, mungkin kurang kontroversi. Tetapi, wanita berusia 24 tahun ini telah muncul dalam beberapa drama bersiri seperti Suria Di Cordoba yang sedikit sebanyak mencuri perhatian penonton. Bagaimanapun, Anzalna kini tengah kemaruk bercinta dengan jejaka yang agak tampan dan tinggi orangnya. Melepaslah korang!
 Namanya meletup selepas membintangi drama Gemilang. Apa lagi kalau bukan Tasha Shilla! Keunikan Tasha Shilla ialah dia mempunyai bentuk bibirnya yang nipis. Selain itu, kami suka dengan Tasha Shilla sebab dia seorang yang mudah didekati media. Lama juga tak dengar cerita pasal dia, apalah agaknya ya?
 Lisa Surihani pernah bertakhta di dalam hati editor kami buat sekian lamanya sehinggalah direbut oleh Yusry, baru-baru ini. Okay, hands off! Jelita dan bijak, wanita ini sememangnya mempunyai pakej yang lengkap sebagai selebriti yang disegani. Harapnya, Lisa Surihani akan hidup bahagia bersama Yusry selama-lamanya.

Foto: Ezlynn Bakal Sarung Kasut Rekaan Neelofa Bernilai RM20,000 !


Selepas Memey Suhaiza ditaja oleh Rafflesia Pearl Wedding untuk majlis perkahwinannya bersama Norman Hakim yang bernilai RM12 Juta, kini tiba giliran Ezlynn pula untuk mendapat peluang tersebut.


Namun kali ini, tidak sahaja ditaja oleh Rafflesia, Neelofa juga bakal menaja kasut persandingan Ezlynn yang bernilai RM20,000. Menurut temubual bersama mStar Online, Ezlynn yang sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, akan menyarungkan kasut persandingan rekaan khas dari Neelofa yang telah mula direka hampir 3 minggu lepas.

Neelofa telah ditawarkan oleh perunding perkahwinan, Bill Bora yang juga perancang perkahwinan Memey & Norman untuk mereka bentuk kasut persandingan Ezlynn.

“Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebrit,” dipetik dari mStar Online.

Kasut rekaan Neelofa yang berwarna emas ini turut menggabungkan kemewahan permata Rafflesia dan berlian Swarovski agar sepadan dengan baju pengantin yang bakal dikenakan oleh Ezlynn nanti. Untuk pengetahuan, majlis persandingan Ezlynn dan Adam Fahmi bakal berlangsung pada 11 Januari ini.

Bob Lokman tunai janji !

 
KUANTAN – Pelawak dan penulis lirik, Mohd Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dan Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) semalam selepas menangguhkan perjumpaannya pada 5 Januari lalu.

Bob Lokman yang hadir bersama peguam belanya, Mohd Fadzli Mohd Ramli kelihatan tenang ketika melangkah masuk ke dalam pejabat Jaip sambil diiringi kira-kira 30 penyokongnya.

Pertemuan bersama Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaip, Ahmad Raffli Ab. Malek selama hampir satu jam itu berakhir dengan tenang dan profesional.

Ketika ditemui, Mohd Fadzli berkata, anak guamannya hadir untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes.

Bagaimanapun katanya, beliau kurang bersetuju dengan akta yang dikenakan kepada Bob Lokman kerana menurutnya anak guamannya itu bukan menyampaikan ceramah agama sebaliknya berkongsi pengalaman hidup bersama jemaah masjid.

“Kita akan menunggu tindakan lanjut dari pihak terbabit. Sekiranya diperintahkan untuk ke mahkamah, kita akan lawan,”
katanya.

Menurutnya lagi, beliau mahu kes ini dipertimbangkan sebaiknya kerana bimbang ada campur tangan politik.

“Jika Jaip benar-benar mahu memantau aktiviti penyebaran agama di negeri ini, mereka sepatutnya mengenakan tindakan kepada guru agama serta guru mengaji yang tidak bertauliah.

“Jika tidak, tindakan yang dikenakan ke atas anak guaman saya dianggap sebagai ‘pendakwaan terpilih’,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Raffli mengesahkan mengambil kenyataan Bob Lokman berikutan kesnya itu.

Katanya, pihaknya akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

“Siasatan bukan sahaja melibatkan Bob Lokman tetapi turut merangkumi tindakan jawatankuasa masjid dan penganjur yang membenarkan individu tanpa tauliah menyampaikan ceramah di masjid,”
katanya.

Ahmad Raffli berkata, setelah selesai menjalankan siasatan terhadap individu yang terlibat, pihaknya akan menyerahkan bukti siasatan kepada Ketua Pendakwa Syariah untuk tindakan lanjut.

Dalam laporan sebelum ini, Bob Lokman didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, di sini dan telah diberi notis oleh Jaip atas dakwaan­ itu.

Monday 9 January 2012

Kenyataan Rasmi Kerajaan Malaysia Berhubung Pembebasan Anwar !



KUALA LUMPUR – Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia merupakan satu gelombang dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

” Gelombang terkini  itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan khas mewakili kerajaan Malaysia berhubung pembebasan Anwar di sini hari ini.


Mahkamah Tinggi pagi tadi membuat keputusan tidak bersalah terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes berkenaan.

Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah.

Kes liwat: Anwar bebas, tidak bersalah !


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Chong Wei 'benam' Lin Dan !


AKHIRNYA, badi dan mimpi buruk jaguh perseorangan negara apabila bertemu Lin Dan lenyap di gelanggang Korea.

Semalam, takhta juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea kembali ke genggaman pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei setelah mengalahkan seteru utamanya, Lin Dan.

Dengan keputusan 12-21, 21-18, 21-14, Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan jaguh dari China itu pada final acara perseorangan lelaki.

Kejayaan pemain berusia 29 tahun di Gimnasium Olimpik Seoul, Korea itu menyaksikan dia membawa pulang ganjaran bernilai AS$75,000 (RM235,875).

Lin Dan yang menang selesa 12-21 di set pertama tidak kekal lama apabila Chong Wei menemui rentak untuk 'mendiamkan' jagoan dari China itu dengan mengheretnya ke perlawanan ke set penentuan yang mengambil masa satu jam 16 minit.

Nyata, reaksi positif yang ditunjukkan dan semangat untuk membalas dendam yang membara, memberi impak ke atas kejayaannya untuk menumbangkan Lin Dan.

Sejak awal lagi, bahang pertembungan antara dua musuh tradisi ini amat terasa dalam keduanya mencari kemenangan dengan menjelangnya Sukan Olimpik Julai nanti.

Justeru, dengan gelaran juara pada awal tahun 2012, ia dilihat bukan saja membangkitkan semangat juara dunia itu dalam pemburuan pingat emasnya di Sukan Olimpik 2012 malah sebagai peringatan kepada jaguh-jaguh China lain termasuk Chen Long.

Malah, rekod perlawanan yang konsisten memperlihatkan Chong Wei masih mempunyai sentuhan berbisa untuk membenam pemain-pemain dari China yang selama ini sering menjadi halangan kepadanya.

Ini termasuklah skrip ulangan yang ditempuhi Chong Wei tahun lalu apabila terpaksa bertarung hebat untuk menewaskan bintang dari China, Du Pengyu dalam aksi separuh akhir kelmarin.

Sementara itu, Lin Dan, juara dunia empat kali yang menewaskan Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang 2011, terlebih dahulu menunjukkan jalan keluar kepada pemain Jepun, Sho Sasaki dalam perlawanan separuh akhir kelmarin.

Dalam pada itu, bagi kategori beregu lelaki pula, pemain tuan rumah, Jae Sung Jung-Yong Dae Lee tumpas kepada pemain China, Chai Yun dan Fu Haifeng dengan keputusan 18-21 21-17 21-19.

Bagi perseorangan wanita, peserta China, Wang Shixiang mudah menumpaskan rakan senegara, Jiang Yanjioa 21-12 21-17.

Peserta China terus gah apabila meraih kejuaraan dalam kategori beregu wanita dengan kejayaan Tian Qing-ZhaoYunlei 21-18 21-13 ke atas Jung Eun Ha-Ming Jung Kim dari Korea.

Penampilan semula Henry !

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan Thierry Henry bakal diturunkan pada aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Leeds United awal pagi esok.

Penyerang Perancis itu akan membuat penampilan ‘kedua’ selepas menyertai skuad The Gunners pada tahun 1999.

Henry didaftarkan tepat pada masanya untuk perlawanan di Stadium Emirates itu meskipun Wenger tidak pasti adakah pemain berusia 34 tahun itu akan bermain sepenuh masa pada perlawanan menentang kelab Kejuaraan Liga itu atau sebagai pemain simpanan, sekali gus melebarkan rekod jaringan ke-226 bersama Arsenal.

Penyerang New York Red Bulls itu dijangka diberi sambutan yang meriah oleh para penyokong Arsenal sepanjang enam minggu setengah berada bersama pasukan itu.

“Ia mengambil sedikit masa untuk melengkapkan kertas kerja tetapi akhirnya ia dapat diselesaikan,” kata Wenger.

“Dia (Henry) akan bermain pada perlawanan menentang Leeds tetapi saya belum membuat keputusan mengenai apa yang akan saya lakukan.” – AFP

United Singkir City, Chelsea Menang Besar !


MANCHESTER UNITED mara ke pusingan keempat Piala FA selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Manchester City 3-2 di tempat lawan, malam tadi, sementara Chelsea pula mudah mengatasi Portsmouth 4-0 di laman sendiri.

Di Stadium Etihad, dua jaringan Wayne Rooney (10 dan 40) serta Danny Welbeck (30) sudah cukup untuk memastikan United mara biarpun City yang beraksi 10 pemain selepas Vincent Kompany dibuang padang minit ke-12 bangkit menerusi dua jaringan Aleksandar Kolarov (48) dan Sergio Aguero (65).

Perlawanan itu turut menyaksikan penampilan semula Paul Scholes yang masuk sebagai pemain gantian, sekali gus keluar semula daripada persaraannya untuk membantu United sehingga hujung musim ini.

Untuk aksi pusingan keempat, United diundi bertemu Liverpool di Anfield, 28 Januari depan.

Sementara itu, Chelsea turut mara bergaya menerusi jaringan Juan Mata (48), Ramires (85 dan 87) serta Frank Lampard (90) untuk bertemu QPR atau MK Dons di pusingan keempat nanti.

Warnock Dipecat QPR Secara Mengejut !


NEIL WARNOCK telah dipecat daripada jawatannya sebagai pengurus QPR secara mengejut, awal pagi tadi.

QPR kini di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris, hanya satu mata terselamat daripada zon penyingkiran.

“Keputusan ini dianggap terbaik oleh kelab dan saya jamin semua yang memutuskannya tidak menganggap ini satu keputusan yang mudah.

“Malangnya, persembahan semasa pasukan menyebabkan kami kini semakin merosot ke bawah dalam carta liga dan lembaga pengarah kelab berasakan inilah masa sesuai untuk kami melakukan perubahan.

“Warnock memang bertindak dengan jujur, profesional dan penuh integriti sepanjang bersama kelab ini dan secara peribadi, saya mahu ucapkan terima kasih terhadap sumbangannya kepada QPR sepanjang 22 bulan,” kata pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes.

QPR kelmarin, sekadar seri 1-1 dengan kelab liga bawahan, MK Dons pada aksi pusingan ketiga Piala FA.
Antara nama yang disebut bakal mengisi kerusi panas di QPR itu termasuklah Mark Hughes, Gianfranco Zola dan Sven Goran Eriksson.

Saturday 7 January 2012

PERHIMPUNAN 901 : Berikut Jalan – Jalan Yang Dijangka Sesak


Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 9.1.2012 kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi.

Jalan-jalan yang terlibat adalah :-
1. Jalan Duta dari kedua-dua arah
2. Jalan Kuching
3. Bulatan Segambut
4. Jalan Khidmat Usaha
5. Jalan Ibadah
6. Jalan Dutamas
7. Jalan Persiaran Dutamas
8. Jalan Hikmat Usaha

Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-

1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.
2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.
3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.
4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.

Yuna Dedah Identiti Suara Lelaki Dalam Lagu ‘KL Kita’ ! (ohbulan!)


Antara single terbaru Yuna dalam album keduanya, ‘Terukir Di Bintang’ mengandungi lontaran suara lelaki misteri yang menjadi tanda tanya pihak media. Pada awalnya, Yuna enggan mendedahkan identiti lelaki misteri tersebut. Namun setelah didesak oleh OHBULAN! di sidang media Anugerah Juara Lagu Ke-26 semalam, Yuna akhirnya akur.

“Pandai korang teka eyh. Ya, suara lelaki yang terdapat dalam lagu ‘KL Kita’ itu adalah Qi. Sebenarnya, lagu tersebut dicipta oleh kami berdua. Jadi, saya kata apa salahnya jika Qi menyumbangkan suara untuk lagu tersebut,” ujar Yuna yang masih berteka teki akan tarikh pertunangan mereka.

“Syukur alhamdullilah, hasil respon daripada pihak media yang sudah mendengar keseluruhan album ini adalah baik. Walaupun demikian, ada sedikit kesilapan dari segi susunan lagu di kulit album, kami akan perbaiki sebelum album ini dilancarkan kepada orang ramai,” jelas Yuna lagi.

Bakar bersama gitar kesayangan !


KUANTAN - Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan menyedut gas helium (gas belon) dalam sebuah resort di sini sempat meninggalkan nota kepada keluarga meminta supaya mayatnya dibakar bersama gitar kesayangan manakala abunya ditabur ke laut di Pantai Timur.

Nota dalam Bahasa Inggeris yang ditinggalkan mangsa yang berusia 28 tahun dari Kuala Lumpur itu turut menyebut dia sudah letih dengan masalah yang dilalui dan mahu berehat dengan aman di sini.

Dalam surat itu juga, dia sempat memuji keindahan pantai di sini dan memilih sebuah bilik resort menghadap pantai di Beserah untuk mencari ketenangan sebelum mengakhiri riwayat hidupnya.

Di dalam perenggan terakhir nota itu, mangsa memaklumkan dia meninggalkan satu pendrive di dalam sampul surat yang diletakkan di atas meja penginapan untuk ibu bapanya namun tidak diketahui isi kandungannya.

Dia yang dipercayai tertekan dengan masalah kehidupan turut meninggalkan sekeping nota ringkas yang tertera beberapa maklumat termasuk nombor telefon kedua-ibu bapanya, punca kematian dan kereta jenis Toyota Vios hitam yang diletakkan di tepi resort terbabit.

Dia dipercayai mendaftar masuk ke resort itu kira-kira jam 4 petang 4 Januari lalu sebelum ditemui mati dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas katil bilik penginapan bersama sebuah gitar berwarna merah yang berada di bahagian atas dadanya.

Mayat mangsa ditemui seorang pekerja resort kira-kira jam 5 petang kelmarin dalam keadaan muka di baluti plastik lut sinar dengan wayar getah yang disambung terus kepada tong gas helium di tepi katil.

Pekerja resort yang enggan namanya disiarkan berkata, dia datang ke bilik itu selepas mendapati mangsa tidak mendaftar keluar setelah tamat tempuh penginapannya kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.
Menurutnya, dia mengetuk pintu bilik itu beberapa kali namun tiada sebarang tindak balas.

“Saya meninggalkan bilik tersebut kerana tidak mahu mengganggu penghuninya yang disangka tidak bercadang untuk daftar keluar dan ingin meneruskan penginapannya di resort ini,” katanya.

Pekerja itu memberitahu, dia datang kembali kira-kira jam 4 petang bagaimanapun pintu bilik mangsa masih terkunci manakala penghuninya tidak menyahut walaupun namanya dipanggil berulang kali.

“Saya mula curiga lalu mengambil kunci pendua dan membuka pintu bilik tersebut sebelum ternampak mangsa terbaring di atas katil bersama gitar dalam keadaan kepala diserkup plastik.

“Menyedari mangsa sudah meninggal dunia, saya terus memberitahu majikan sebelum memaklumkan penemuan mayat itu kepada polis.,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, beberapa anggota polis dari Balai Polis Beserah segera ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat berhubung penemuan mayat tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan dipercayai mati dalam tempoh antara jam 3 hingga 6.30 pagi kelmarin.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.


“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana membunuh diri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,”
katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kamaruzzaman berkata, polis turut menemui kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam milik mangsa yang diletakkan di resort berkenaan dan kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan sebelum diserahkan kepada warisnya.

Friday 6 January 2012

Tangan Ratu Cantik Dunia dicium presiden !


 
HUGO CHAVEZ mencium tangan Ivian Sarcos di Istana Miraflores, Caracas kelmarin.



CARACAS - Presiden Venezuela, Hugo Chavez mencium tangan Ratu Cantik Dunia 2011, Ivian Sarcos (gambar kecil) di Istana Miraflores di sini kelmarin.

Chavez mencium tangan Sarcos yang juga dari Venezuela semasa mereka bertemu di istana tersebut untuk mengadakan perbincangan dan saling bertukar idea dalam tempoh yang singkat.

Sarcos yang berusia 22 tahun memenangi mahkota Ratu Cantik Dunia 2011 yang diadakan di London pada 6 November lalu di London.

Pada pertemuan tersebut, Chavez turut menunjukkan kalendar yang mengandungi tandatangan dan gambar Sarcos.

Selepas pertemuan itu, Chavez berkata, walaupun Sarcos seorang yang muda, dia mempunyai suara hati kemanusiaan.

Menurutnya, dia merupakan seorang wanita muda yang prihatin untuk membantu golongan yang memerlukan.
"Justeru, kami berharap anda mencapai kejayaan yang tidak akan dilupakan," katanya semasa hujan turun di istana tersebut menyebabkan seorang kakitangan memegang payung untuk melindunginya daripada terkena hujan.

Sarcos turut mengucapkan terima kasih ekoran sokongan semua pihak terhadap kejayaannya.

"Saya berasa gembira untuk berada di sini, selepas datang dari London," katanya.

Sarcos yang setinggi 1.80 meter merupakan pelajar di Universiti Central de Venezuela dan menjadi yatim piatu selepas ibu bapanya meninggal dunia semasa berumur lapan tahun menyebabkan dia dibesarkan oleh biarawati. - Agensi

Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta !


 
KIYOSHI KIMURA (kanan) bergambar di sebelah ikan tuna gergasi di pasar ikan Tsukiji, Tokyo semalam.



TOKYO - Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.

Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura.

"Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya," kata Kimura.

Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun.

Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia. - AFP

Cucu ugut kelar nenek !

 
KOTA BHARU – Demi RM50, seorang cucu sanggup mengacu pisau ugut mengelar nenek kandungnya sendiri, sebulan lalu. Padahnya, dia dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman terhadap Mohd Faizal Abdul Rahim, 26, dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali kerana mengugut hendak menyebabkan kematian atau kecederaan parah.

Berdasarkan pertuduhan, buruh tersebut didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Eshah Botok, 72, di Kampung Aril, Peringat, Melor di sini, pada jam 8 pagi, 28 Disember tahun lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengacu pisau pemotong sayur sambil berkata kepada neneknya, ‘semalam aku minta seratus, mu bagi RM50, mu bawa mari pitih (duit), kalau mu tak cari, aku ‘siup’ tengkuk mu.’
Eshah yang takut dicederakan kemudian menyerahkan RM50 sebelum ke balai polis Pengkalan Chepa membuat laporan.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly, bagaimanapun, menafikan akan digunakan untuk itu membeli dadah.

Mohd Fazaly Ali kemudian menyabitkan tertuduh dengan kesalahan tersebut sebelum mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapannya, Isnin lalu.

Ibu Amalina beri amaran !

SENAI – Belum pun reda isu kononnya pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri mengalami kejutan budaya, gadis 23 tahun itu itu dieksploitasi pula menerusi akaun Facebook palsu.
 
Kehadiran akaun palsu itu, dikesan aktif pada 2 Januari lalu, selepas Nur Amalina menutup akaunnya.
 
Ibunya, Sabariah Hassan, 52, menyedari mengenai akaun palsu tersebut, selepas dimaklumkan Amalina menerusi Skype.
 
“Ada dua akaun menyamar menggunakan nama Nur Amalina Che Bakri dan Amalina Che Bakri.
 
“Saya beri amaran kepada penyamar untuk menutup akaun ini dalam tempoh tiga hari. Jika tidak, saya laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.
 
“Memang saya kesal, memainkan nama dan maruah anak saya”, katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
 
Sabariah tidak mahu orang ramai keliru kerana anaknya kini, tidak lagi mempunyai akaun Facebook, selepas insiden gambar peribadinya dimuat turun ke laman web dan didakwa liar, selain gagal dalam pelajaran.
 
Nur Amalina menjadi sebutan berikutan kejayaannya memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negara.
 
Bagaimanapun, isu peribadi beliau menjadi bualan, selepas tersebar gambar menunjukkan beliau tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kononnya kelihatan ‘liar’, berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.
 
“Ina seorang penyabar dan baik. Saya tidak mahu berita mengenainya disensasikan, biarpun saya yakin ia tidak akan menggugat pengajiannya.
 
“Saya kesalkan, mengapa dia diperlakukan sebegitu? Apa kesalahannya?,” katanya.
 
Sabariah berkata, akaun Facebook dengan nama Nur Amalina Che Bakri telah lama wujud, namun ia hanya mengambil keratan akhbar kejayaan anaknya.
 
Namun, akaun menggunakan nama asal Nur Amalina sebelum ini yang telah memaparkan gambar peribadinya.
 
Nur Amalina sedang menyambung pelajaran di Universiti Edinburgh, Scotland, di dua bidang ijazah, iaitu perubatan dan sains farmakologi, ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia dan bakal menamatkan pengajiannya November tahun depan.

Thursday 5 January 2012

Safee, Apex dan Fadhli terbaik!

                              Tersenarai dalam kesebelasan pemain Asia pilihan di Goal.com


TIGA pemain bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Fadhli Shas dan Safee Sali antara nama yang tersenarai dalam kesebelasan pemain Asia pilihan laman web bola sepak terkenal dunia Goal.com kelmarin.

Diiktiraf sebagai antara pemain penyerang terbaik di Asia walaupun diletakkan dalam senarai pemain simpa­nan, nama Safee Sali kini setaraf dengan beberapa bintang handalan Asia yang telah menempa nama di Eropah.

Antara 18 pemain terbaik Asia XI 2011 yang turut tersenarai bersama penyerang prolifik Harimau Malaya dan Pelita Jaya dalam laman tersebut termasuklah pemain pertahanan Inter Milan, Yuto Nagamoto, pemain Korea Selatan di Arsenal, Park Chu Yong dan juga bintang Manchester United, Park Ji Sung.

Sementara itu, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi mendahului senarai pemain terbaik bawah 23 diikuti bekas Pertahanan FC ViOn, Fadhli Shas bersama- sama dengan pemain tengah Anzhi Makhachkala dari Uzbekistan, Odil Ahmedov dan juga pemain dari negara jiran, Andik Vermansyah yang bermain untuk Persebaya 1927, Indonesia.

Selain menyenaraikan kesebelasan terbaik, laman Goal.com juga turut membuat pemilihan bagi pemain lain terutama bagi posisi tengah, pertaha­nan, serangan dan juga penjaga gol yang akan diumumkan pada setiap minggu.

Terbaru, Apex turut disenaraikan dalam kategori penjaga gol terbaik Asia 2011 bersama-sama dengan penjaga gol Asia lain termasuklah dari kelab Wigan, Ali Al Habsi; Fulham, Mark Schwarzer; Al Sadd, Mohammed Saqr dan China, Yang Zhi.

Hasil tinjauan Sinar Harian semalam, Apex kini mendahului senarai tersebut dengan jumlah undian sebanyak 85.59 peratus.

Keputusan penuh akan diumumkan melalui laman web tersebut pada 10 Januari ini.

Walaupun, undian tersebut hanya dibuat berdasarkan pilihan laman web, namun ianya tetap menunjukkan kebolehan dan juga pencapaian pemain Malaysia diiktiraf oleh pemerhati bola sepak tidak kira dari dalam mahupun luar negara.
Senarai Kesebelasan Terbaik Asia XI 2011

Penjaga gol
Ali Al-Habsi
(Wigan Athletic/Oman)

Bek kanan
Makoto Hasebe
(VfL Wolfsburg/Jepun)

Bek tengah
Lee Jung-Soo
(Al Sadd/Korea Selatan)
Li Weifeng
(Tianjin Teda/China)

Bek kiri
Yuto Nagatomo
(Inter/Japan)

Sayap kanan
Park Ji-Sung
(Manchester United/Korea Selatan)

Tengah
Mojtaba Jabbari
(Esteghlal/Iran)
Server Djeparov
(FC Seoul/Al Shabab/Uzbekistan)

Sayap kiri
Matt McKay
(Brisbane Roar/Rangers/Australia)

Penyerang
Lee Dong-Gook
(Jeonbuk Motors/Korea Selatan)
Joshua Kennedy
(Nagoya Grampus/Australia)

Simpanan
Mark Schwarzer (AUS)
Hadi Aghily (IRN)
Ahmad Bustomi (IDN)
Shinji Kagawa (JPN)
Safee Sali (MAS)
Park Chu-Young (KOR)
Mike Havenaar (JPN)

Pemain Terbaik Bawah 23 Asia XI 2011

Penjaga gol
Khairul Fahmi Che Mat
(Kelantan FA/Malaysia)


Bek kanan
Hiroki Sakai
(Kashiwa Reysol/Jepun)

Bek tengah
Rhys Williams
(Middlesbrough/Australia)
Fadhli Shas
(Harimau Muda A/Malaysia)


Bek kiri
Ehsan Hajsafi
(Sepahan/Tractor Sazi/Iran)

Sayap kanan
Hiroshi Kiyotake
(Cerezo Osaka/Jepun)

Tengah
Ki Sung-Yueng
(Celtic/Korea Selatan)
Odil Ahmedov
(Anzhi Makhachkala/Uzbekistan)

Sayap kiri
Andik Vermansyah
(Persebaya 1927/Indonesia)

Pertahanan
Ji Dong-Won
(Chunnam Dragons/Sunderland/Korea Selatan)
Jeje Lalpekhlua
(Pune FC/India)

Simpanan
Neil Etheridge (Filipina)
M. Muzeper (China)
Hong Chul (Korea Selatan)
Saad Abdul-Amir(Iraq)
Seo Jung-Jin(Korea Selatan)
Karim Ansarifard (Iran)
Zhang Chengdong (China)

Tertembak diri sendiri !

 
SUNGAI SIPUT  – Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut akibat tertembak diri sendiri selepas senapang patah yang dibawanya meletup di kawasan hutan di Kampung Lasah, dekat sini, pada Ahad lalu.
 
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 1 pagi dan mangsa, S Kanaga Raja, 33, telah ke lokasi kejadian untuk tujuan tertentu.
 
Menurutnya, mangsa masuk ke kawasan hutan berkenaan bersama tiga lagi rakannya yang juga anggota Rela dengan menaiki motosikal.
 
“Semasa kejadian, mangsa dikatakan menunggang motosikal bersendirian dan membawa selaras senapang patah milik seorang rakan lain, sementara dua lagi rakannya menaiki motosikal berasingan. Senapang patah yang dibawa mangsa dikatakan tertembak dengan sendiri sebaik sahaja mangsa memberhentikan motosikal, sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, Ahad lalu.
 
Menurut Azman, tembakan secara tiba-tiba itu telah mengenai mangsa menyebabkan kecederaan parah pada bahagian bawah dagu yang akhirnya membawa maut.
 
Katanya, rakan mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput dalam kadar segera selepas kejadian dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
 
“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Sungai Siput (HSS) untuk dibedah siasat. Polis turut difahamkan, mangsa yang tinggal di Ladang Sungai Kruda, Jalan Lintang, di sini, bekerja sebagai penjaga ladang kelapa sawit dan meninggalkan seorang balu bersama tiga anak,” katanya.
 
Simpati dengan kejadian yang menimpa mangsa, Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam dan Ketua Parti Gerakan Sungai Siput, S Kalimuthu, turut menziarahi keluarga mangsa di HSS.

Sabotaj Bantuan 1Malaysia

SEREMBAN – Kerajaan Negeri kecewa kerana terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mensabotaj Program Bantuan 1Malaysia.
 
 Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ada pihak yang ‘berlakon’ menjadi pegawai yang mengumpul borang bantuan RM500, untuk dipulangkan ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
 
“Namun sebaliknya berlaku apabila borang tidak dihantar, ke­mungkinan ia dibuang ataupun dihapuskan.Keadaan ini sengaja dilakukan untuk menggagalkan usaha kerajaan, sekali gus menimbulkan prasangka buruk masyarakat terhadap Barisan Nasional,” katanya.
 
Menurutnya, ia dikesan banyak berlaku di kawasan taman perumahan dan luar bandar.
 
 “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyerahkan borang yang telah diisi itu kepada individu tidak dikenali, sebaliknya hantar sendiri ke pejabat kerajaan atau ketua kampung,” katanya.

Album Terbaru Yuna Ada Suara Lelaki Misteri Dalam Sebuah Lagu?


“Terukir Di Bintang” merupakan taruhan terbaru buat penyanyi bersuara unik ini selepas album Decorate yang dilancarkan pada tahun 2010 lalu. Dilancarkan di bawah label Yuna Room Records, 8 lagu berjudul Sparkle, Photo Of You, Memo, KL Kita, Terukir Di Bintang, Coffee, Someone Out Of Town dan Fears And Frustration menggabungkan versi Inggeris & Melayu enak dijadikan halwa telinga sebagai penenang minda. Bukan memuji, ‘Terukir Di Bintang’ benar-benar menyuntik momen gembira tatkala butang play ditekan dalam radio kereta kami.

Memetik kata-kata Yuna, “Berbanding dengan album Decorate, Terukir Di Bintang membawa pendengar terasa seperti dilamun cinta, hati berbunga-bunga. Decorate pula, mood yang dibawa lebih berunsurkan kekecewaan, pasrah.” Diusik oleh media sama ada Qi (teman lelaki) bermain dalam fikirannya ketika lagu-lagu ini dicipta, Yuna berkata lagu berjudul Terukir Di Bintang memang ditujukan khas buat buah hatinya itu. Suara Qi ke tu? Jom speku!

Menariknya, lagu Fears & Frustration mengandungi bait lirik yang dinyanyikan oleh lelaki.

Gaji PM Singapura RM 5.31 juta!!

                                                                    Lee Hsien Loong

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.

Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia!

Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya.

Jumlah tersebut bagaimanapun kekal menjadi gaji tertinggi dalam kalangan pemerintah sesebuah negara di dunia.

Sebagai perbandingan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima gaji AS$400,000 (RM1.25 juta) setahun.Obama merupakan Presiden yang mempunyai 312 juta penduduk dan merupakan negara paling kuat berdasarkan kekuatan ketenteraan dan ekonomi.

Gaji Presiden Singapura pula akan dipotong sehingga 51 peratus kepada Sg$1.54 juta (RM3.76 juta) setahun manakala menteri Kabinet yang baharu dilantik akan menerima separuh gaji Perdana Menteri.

Gaji menteri pemerintah akan dikurangkan sebanyak 37 peratus setahun kepada SG$1.1 juta (RM2.68 juta).Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang menerima gaji AS$543,500 (RM1.7 juta), Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sebanyak AS$513,000 (RM1.6 juta) dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memperoleh gaji AS$379,000 (RM1.19 juta).

Gaji Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy ialah AS$302,000 (RM949,185), Canselor Jerman, Angela Merkel mendapat gaji AS$296,000 (RM930,327) dan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memperoleh gaji AS$222,000 (RM697,745).

Gaji para pemimpin Singapura melonjak dalam tahun 1990-an apabila ia menjadikan purata gaji tertinggi sektor swasta di pulau itu sebagai tanda aras.

Langkah pemotongan gaji tersebut membayangkan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

PAP yang memerintah Singapura sejak negara itu berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965 mencatat prestasi buruk pada pilihan raya 2011.

Undi yang diterima PAP semasa pilihan berkenaan berkurangan sebanyak 60 peratus sekali gus bilangan undi terendah yang pernah dicatat parti pemerintah itu.

Episod Akhir Drama ‘Tentang Dhia’ Catat Hampir 3 Juta Penonton !


Bermula dari Nora Elena, Juvana, Cinta Elysa, dan banyak lagi, drama-drama di Malaysia telah mula menjadi hiburan dan tatapan penonton saban hari.


Tidak kurang juga, watak-watak yang dibawakan turut mempengaruhi kehidupan dan menyentuh emosi para penonton sehinggakan ada yang sanggup menjadikan watak dalam sesebuah drama sebagai idola mereka.
Terbaru, drama bersiri berjudul Tentang Dhia lakonan Nora Danish, Izreen Azminda dan Adi Putra telah mencatat hampir 3 juta jumlah penonton untuk siri terakhir episodnya (Sumber: Nielsen Media Research).

Menurut pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30 episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod, malah, pengaruh Tentang Dhia terus hangat diperkatakan melalui media komunikasi alam maya seperti Facebook, laman twitter (worldwide trending top 3) dan juga blog-blog tempatan.”

Antara faktor yang menyumbang kepada jumlah tontonan yang tinggi ini juga termasuklah lakonan mantap dari para pelakon seperti Adi Putra dan Nora Danish yang berjaya membawakan sesebuah watak dengan lebih mendalam.

Kini bukan sahaja filem-filem tempatan diberikan sambutan menghangatkan dari para peminat, malahan drama-drama juga sudah mula memikat hati para penghuni rumah yang sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk ditonton bersama keluarga.

Nik Aziz nasihat Apex cepat kahwin !


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.

Nur Amalina: Henti fitnah saya !

 
KOTA TINGGI – Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri hari ini meminta semua pihak khususnya blogger supaya tidak lagi menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya bertindak liar dengan perbuatan-perbuatan kurang bersopan.

Sambil menyangkal fitnah mendakwa dirinya mengalami kejutan budaya ketika mengikuti pengajian tinggi di United Kingdom sekarang, tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran sahaja."

Beliau berkata demikian menerusi sidang video ‘Skype’ di kediaman ibunya, Sabariah Hassan, semalam, juga turut terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya.

Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.

"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

Berkongsi kisahnya, Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan pertama kali difitnah.

"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.

Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.

“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.

Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.

Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara berkata, fitnah yang tersebar tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik".katanya lagi.

Wednesday 4 January 2012

TPM Cadang Jadual Rehat Fleksibel Pelajar Tahun 1 TPM Cadang Jadual Rehat Fleksibel Pelajar Tahun 1


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan sekolah menyediakan jadual rehat yang fleksibel untuk pelajar Tahun Satu bagi memastikan mereka mempunyai tenaga untuk belajar.

Beliau berkata bagi mengelak pelajar memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan, jadual rehat sedia ada iaitu pada pukul 9.45 pagi boleh diubah kepada pukul 9 pagi atau 8.30 pagi khusus untuk minggu pertama musim baru persekolahan.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Pantai di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata saranannya itu dibuat selepas diberitahu oleh ramai pelajar yang ditemuinya bahawa mereka tidak bersarapan pagi sebelum memasuki kelas.

“Jadi saya minta sekolah, mungkin kalau ada keadaan sebegini, jadual untuk rehat boleh dibuat lebih awal, fleksikan, khususnya untuk minggu pertama supaya tiada pelajar memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan pagi.Bagi saya itu tidak boleh kita pandang ringan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran. Saya sendiri pun kalau ke pejabat tanpa sarapan pagi akan lesu, kita semua pun begitu, apatah lagi anak-anak kecil,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata saranan itu tidak bermaksud semua sekolah perlu mengubah jadual rehat sedia ada, sebaliknya boleh dilaksanakan berdasarkan pertimbangan bergantung kepada kebijaksanaan sekolah.

Katanya saranan itu bertujuan mengelak pelajar daripada menjadi lemah, letih dan lesu.

Mengenai bekalan buku teks, kerusi dan meja ke sekolah, Muhyiddin berkata semua keperluan itu telah disediakan dengan sempurna hasil persediaan awal yang dibuat sejak tahun lepas.Katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran sesi baru persekolahan kerana segala persediaan termasuk dalam aspek infrastruktur seperti kekurangan kerusi dan meja dapat diatasi melalui peruntukan RM20 juta yang disediakan oleh kerajaan.

Muhyiddin, yang tiba pada 8 pagi disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan guru besar, Sopian Mokhtar.

Beliau dibawa meninjau ke empat buah kelas yang menempatkan pelajar Tahun Satu dan dilihat bertanya khabar dan bermesra dengan pelajar baru, guru serta ibu bapa yang menunggu di luar bilik darjah. – BERNAMA

Azlan The Typewriter Dikurniakan Anak Perempuan, Laurra Lutfea !!


Tahniah diucapkan kepada Azlan atau lebih dikenali sebagai Lan Meet Uncle Hussein kerana telah dikurniakan anak perempuan pada 28 Disember 2011 yang lepas.


Menurut isterinya yang bernama Normala Hassan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.03 malam secara normal di Hospital Lourdes, Sentul. Bayi perempuan yang seberat 2.8 kilogram ini telah dinamakan Laurra Lutfea.

“Saya bersyukur kerana isteri boleh bergerak dengan selesa selepas sembilan bulan mengandungkan anak perempuan kami. Cuma selepas sehari bersalin, dia sakit demam panas pula,” dipetik dari akhbar online tempatan, mStar.

Ketika ditanya adakah dia mahu anak perempuannya ini mengikut jejak langkahnya, Lan menjawab, “Saya harap, dengan latar belakang keluarga saya yang kuat agama, mereka dapat membantu saya dan isteri mendidik Lutfea.

“Saya percaya, personaliti, karakter dan minat seseorang itu datang daripada asuhan ibu bapa mereka sejak kecil. Semoga kami dapat membimbingnya ke arah yang betul, Insya-Allah,” tegasnya.

GAMBAR ANAK ZIELA JALIL YANG COMEL !!

Ziela Jalil telah mengumumkan kehadiran bayi lelaki di dalam hidup mereka sekeluarga yang diberi nama Ibrahim Junid bin Abdullah melalui laman sesawang Facebook. Difahamkan bayi tersebut dilahirkan sama dengan tarikh lahir arwah suaminya, Megat Junid yang pergi meninggalkan mereka sekeluarga 4 tahun lalu.
 

Tragedi pulang bercuti !!

 
MUAR – Kegembiraan dua keluarga pulang bercuti dari Melaka bertukar tragedi apabila dua ahli keluarganya maut setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 143.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Pagoh, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Onn Hwee Kien, 30, dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang treler yang membawa muatan kertas.

Akibat rempuhan itu, dua daripada 11 orang dalam kereta Toyota Estima itu maut di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah isteri Hwee Kien, Chow Sew Kit, 29, dan bapanya, Onn Kim Tai, 69.

Manakala, enam ahli keluarga yang lain masih menjalani rawatan di wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan tiga yang lain dilaporkan sudah keluar hospital.

Bagaimanapun, pemandu treler, Misran Amin, 49, tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan di balai polis berhampiran.

Abang kepada mangsa terbunuh, Chow Kah Hui, 33, berkata, adiknya sekeluarga bertolak ke Melaka Ahad lalu untuk bercuti sempena sambutan Tahun Baru.

Menurutnya, mendiang tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kelihatan begitu gembira sebelum bertolak ke Melaka.

“Saya tidak sangka, itulah pertemuan terakhir dan lebih menyedihkan tidak sempat menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kah Hui berkata, percutian tersebut turut disertai kedua ibu bapa mereka, Chow Ye, 64, dan Lau Siu Ling, 56, serta 20 ahli keluarga lain dengan menggunakan dua kenderaan MPV.

“Saya menerima panggi­­lan pada jam 7 malam, mengatakan salah sebuah kenderaan yang dinaiki ahli keluarga terbabit dalam kemalangan di Kilometer 143.4 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh.Setibanya di HPSF, saya dapati Sew Kit sudah meninggal dunia, manakala adik ipar, Hwee Kien, yang memandu Toyota Estima berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan,”
katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli mengesahkan insiden tersebut.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke HPSF untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di talian 06-9526222,”
katanya.

Ibu dan anak rentung kebakaran awal pagi !!

                                                                                           sekadar hiasan.

ALOR SETAR - Dua beranak rentung dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Merah, Kampung Berjaya di sini kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
 
Kedua-dua mangsa dikenali pasti sebagai Choo Mei, 60, dan anak perempuannya Lim Yee Joo, 26.
 
Jiran mangsa, Ooi Kim Bok berkata, ketika kejadian dia terdengar bunyi letupan dan segera mengejutkan isteri dan anaknya yang tinggal bersama untuk membantu mangsa.

Masjid New York diserang !!


NEW YORK - Sebuah masjid di bandar New York, Amerika Syarikat diserang dengan bom api dalam satu pembakaran sengaja yang dipercayai berpunca akibat jenayah kebencian terhadap agama.

Masjid di bangunan Yayasan Imam Al-Khoei di daerah Queens mengalami kerosakan pada bahagian hadapan selepas dua botol koktel Molotov dibaling, awal pagi kelmarin, semasa lebih 100 orang sedang berkumpul di masjid itu.

Dua lagi serangan serupa berlaku di kawasan kejiranan sama dengan menyasarkan sebuah kedai runcit milik penduduk beragama Islam dan sebuah rumah yang digunakan sebagai kuil oleh penganut Hindu.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg dilihat cuba menenangkan keadaan dan menegaskan serangan tersebut bercanggah sama sekali dengan semangat diamalkan penduduk bandar raya itu.

Polis sedang menyiasat motif serangan bagi menentukan sama ada ia dilakukan oleh individu.

Pemimpin komuniti Islam di bandar tersebut sebelum ini menyuarakan kekecewaan apabila hak asasi penduduk Islam dicabuli berikutan mereka perlu menghadapi pemantauan rapi polis sejak serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.

Afdlin kecewa sikap juri malukan peserta ??



Walaupun akur dengan kemenangan orang lama, Osbon di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM), tidak siapa tahu gelora di hati kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Menjadi peserta pilihan peminat, Boboi tampil dengan pelbagai kreativiti setiap minggu, namun Boboi terpaksa akur di tempat kedua setelah tewas dengan Osbon yang diterajui Os dan Abon.
 
Ketika sidang media selepas tamat malam penentuan minggu lalu, Boboi dilihat tidak banyak bercakap. Harun misalnya, lebih selesa mendiamkan diri dan menyerahkan segala soalan dijawab Afdlin.
 
Bagi Afdlin, takhta MLM memang layak menjadi milik Osbon, malah mereka berbangga dengan kemenangan Os dan Abon yang lebih senior daripada mereka. Bagaimanapun, dari riak wajahnya jelas menunjukkan Afdlin sebenarnya kecewa.
 
Sementara itu, Afdlin, turut menegur sikap juri yang menggunakan kuasanya untuk memalukan peserta yang bertanding.
 
“Saya memang tak setuju dengan juri yang suka memalukan peserta, tidak kira apa jua pertandingan. Jika teguran yang diberi itu membina, ianya perlu dan jika tidak, jangan sampai kelantangan itu mengaibkan orang. Saya bercakap di pihak juri kerana saya pernah menjadi juri. Jika tidak suka, cakap saja tidak suka dan jangan bercakap sehingga mereka terasa.Peserta yang datang untuk bertanding adalah dijemput. Sama seperti kita ke rumah orang. Buat apa dijemput, jika selepas itu dihamburi dengan maki hamun. Jadilah orang yang bijak dalam menggalas tanggungjawab,” katanya.
 
Apa yang diluahkan Afdlin dalam sidang media itu bagaimanapun pernah diluahkannya menerusi laman sosial, Facebook miliknya, sehari sebelum final MLM.
 
Kenyataan itu dibuat lebih menjurus kepada juri tetap, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Malah Chef Wan turut membidas kenyataan Afdlin, namun membuang entrinya tidak lama selepas itu. 
Bagaimanapun, ketika malam final lalu, Afdlin meminta izin kepada AC Mizal untuk memeluk Chef Wan selepas persembahan pertamanya.
 
Dari situ, penonton dan peminat dapat menilai Afdlin adalah individu yang profesional dan tidak mengaitkan masalah peribadi dengan kerja.

Empat sekeluarga dibunuh kejam !!



SIBU - Empat sekeluarga, dua daripadanya kanak-kanak ditemui mati dibunuh dengan kejam di kediaman mereka di sini, pagi semalam, manakala seorang lagi budak lelaki yang parah sedang bertarung nyawa di hospital.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Lau Heng Soon berkata, mereka yang mati dikenal pasti sebagai ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh.

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, 8, kini dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala, katanya pada sidang akhbar, semalam.

Heng Soon berkata, isteri Tong Hock, Li Xiao Lan, 28, sempat menyelamatkan diri ke rumah jiran melalui tingkap selepas terdengar bunyi bising di tingkat bawah kediaman mereka, dan pintu bilik tidurnya pula ditendang oleh beberapa individu.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempu­nyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan.

Man City Mudah Benam Liverpool !



MANCHESTER CITY kembali melebarkan jurang mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mereka mudah menewaskan Liverpool 3-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

City mendahului selesai 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Sergio Aguero (10) dan Yaya Toure (33) sebelum James Milner menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75.

Namun City terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Gareth Barry dilayangkan kad merah pada minit ke-73.

 “Saya tak bersetuju dengan layangan kad kuning kedua kepada Barry. Kami kini kehilangan seorang pemain tonggak tanpa sebab. Saya juga tak faham kenapa pemain Liverpool tidak dilayangkan kad merah ketika kami mendapat penalti.Apa pun ini kemenangan yang cukup penting bagi kami kerana perlawanan ini cukup cepat sejurus kami tewas 0-1 kepada Sunderland tempoh hari. Biarpun penat, pemain tetap beraksi mantap,” kata Mancini.

Selepas 20 perlawanan, City kini mengumpul 48 mata, tiga mata mengatasi Manchester United yang hanya akan turun bertemu Newcastle, awal pagi nanti (4 pagi Khamis).

Sementara itu, Tottenham mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas West Brom, awal pagi tadi menerusi jaringan tunggal Jermain Defoe pada minit ke-63.

Pada satu lagi perlawanan, Sunderland terus garang, kali ini membenam Wigan 4-1 di tempat lawan. – mynewshub.my

Dipenjara akibat curi seluar dalam !

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu.
 
Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini jam 2.47 petang, 1 Januari lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.Dia juga dituduh kerana gagal menunjukkan kad pengenalan ketika diminta polis pada jam 3 petang di tempat dan tarikh sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata, kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan.

Ibu: Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah !



JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.


“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu .Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan. - sinar harian

Jel 7 Tahun Jika Sembelih Lembu !



BHOPAL – Menyembelih lembu di negeri Madhya Pradesh boleh menyebabkan penyembelihnya dipenjara tujuh tahun.

Negeri berkenaan yang diperintah oleh parti pelampau Hindu, Parti Bhartiya Janata (BJP) akan menguatkuasakan hukuman itu bagi kesalahan membunuh lembu dan juga penjualan atau pemilikan daging lembu, kata jurucakap negeri di tengah India itu.

Ia akan dikuatkuasakan tidak lama lagi menerusi pemberitahuan rasmi,” katanya.

Lembu dianggap haiwan suci oleh penganut Hindu. – AFP

Cincin Ditemui Semula Selepas 16 Tahun !



Sweden – Bagaimana perasaan anda apabila mendapati cincin perkahwinan anda yang hilang sejak 16 tahun lalu ditemui semula di dalam kebun lobak sendiri.

Itu yang dialami Lena Paahlsson, yang kehilangan cincin emasnya itu ketika membakar kek bersama anak perempuannya menjelang Hari Natal pada 1995.

Cincin yang diletakkannya di atas kaunter dapur itu, secara tiba-tiba hilang, menyebabkan mereka sekeluarga mencarinya di merata tempat.

Malah Paahlsson turut membuka lantai papan di kebunnya itu demi mencari cincin kesayangannya itu, namun gagal.

Dia kemudiannya putus asa sehingga pada Oktober lalu, ketika sedang memungut lobak, dia menemui cincinya itu pada salah satu sayur berkenaan.

Berikutan itu, Paahlsson dan keluarganya berpendapat cincin berkenaan telah terjatuh bersama-sama bekas kulit kentang yang digunakan sebagai makanan biri-biri.

Ini kerana tanah di kebun itu menggunakan baja campuran tahi biri-biri.

Walaupun cincin itu tidak lagi muat dengan jari Paahlsson, namun dia bercadang untuk melebarkan cincin berkenaan.

Lelaki Gagal Curi Kereta Api Untuk Kekasih !



PATNA – Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencuri sebuah kereta api ekspres gara-gara niatnya untuk memberikannya sebagai ‘hadiah Tahun Baru’ kepada teman wanitanya.

Lelaki terbabit, Ketan Kumar, 25, menaiki Ekspres Amrapali 15708 ke Katihar dari utara India, Amritsar pada malam tahun baru dan mengacu pistol ke kepala pemandu ketika mengarahkannya memberhentikan kereta api berkenaan.

Kejadian berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan. Apabila pemandu, Janardan Paswan enggan mematuhi arahan berkenaan, Kumar menyerangnya dengan memukulnya menggunakan pistol terbabit, kata polis.

Penumpang kereta api yang mendengar bunyi bising bergegas membantu. Mereka bergelut dengan Kumar dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis yang ditugaskan mengawal kereta api.

Polis kemudian mengambil keterangan Kumar dan disumbat dalam penjara selepas itu.

Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai memperingati isterinya, Mumtaz Mahal. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil alih enjin kereta api berkenaan dan memberikannya sebagai hadiah kepada teman wanita saya tetapi polis menghalang rancangan saya,” kata pemuda itu kepada pihak berkuasa.

Kumar juga enggan mendedahkan nama teman wanitanya. “Saya tidak akan dedahkan nama teman wanita saya,” katanya selepas digari dan terus membantah tindakan polis menahannya.

Polis turut mendakwa Kumar atas tuduhan bertindak membahayakan nyawa beratus-ratus penumpang kereta api itu. Dia terus ditahan reman sehingga menunggu perbicaraan. – Agensi