Wednesday 4 January 2012

Liverpool Terima Penggantungan Suarez !



LONDON – Liverpool hari ini menerima hukuman penggantungan lapan perlawanan yang dikenakan terhadap penyerang antarabangsanya, Luis Suarez selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.

Sebelum ini, Liverpool menolak hukuman terhadap Suarez itu termasuk denda 40,000 pound dengan enggan membuat rayuan sehinggalah panel disiplin Persatuan Bola Sepak Inggeris mengeluarkan keputusan hukuman secara bertulis.

Dengan itu, penggantungan Suarez berkuatkuasa serta merta, sekali gus penyerang antarabangsa Uruguay itu terkeluar daripada beraksi menentang Manchester City, awal pagi tadi.

Kelab Bola Sepak Liverpool petang tadi (semalam) memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepal Inggeris bahawa kelab itu tidak akan mengemukakan rayuan terhadap kesalahan salah laku yang dikenakan kepada Luis Suarez,” kata Liverpool FC dalam satu kenyataan. – AFP

No comments:

Post a Comment