Tuesday, 3 January 2012



KUALA LUMPUR – Kumpulan rock legenda tanah air, Search membuktikan Konsert Fenomena 30 Tahun Search tidak setakat diadakan di Malaysia sahaja, sebaliknya ia akan diteruskan di Singapura pada 28 Januari ini.

Menurut bassis Search, Nasir Daud, konsert di negara seberang Tambak Johor itu adalah yang terbesar pernah mereka adakan sejak kumpulan rock tersebut ditubuhkan tiga dekad yang lalu di Johor Bahru, Johor.

“Pada Konsert yang akan diadakan di Stadium Tertutup, Singapura pada 28 Januari ini Search akan menjemput sebuah kumpulan undangan mungkin XPDC bagi memeriahkan lagi konsert itu nanti,” katanya sewaktu ditemui baru-baru ini.


Pada pertemuan di Tawau, Sabah itu, Search baru sahaja selesai mengadakan Konsert Fenomena 30 Tahun Search dengan disaksikan 5,000 penonton dan seterusnya di Stadium Kuching, Sarawak pada 31 Disember lalu.

Sewaktu di Kuching, Search yang turut dianggotai oleh Amy (vokalis), Yazit (dram), Din (gitaris) dan Kid (gitaris) berjaya menarik hampir 10,000 penonton di mana ia adalah siri terakhir konsert itu untuk tahun lepas.

Tambah Nasir, konsert Search di Singapura itu diadakan berdasarkan sambutan para peminat terhadap beberapa konsert mereka yang diadakan di Semenanjung Malaysia pada Oktober hingga Disember tahun lalu.

“Sepanjang tahun 2011 semua konsert Search mendapat sambutan para peminat. Contohnya pada 20 Disember lalu konsert Search di Mines, Seri Kembangan, Selangor ditonton hampir 15,000 penonton,” ujarnya.

Sewaktu konsert di Singapura kelak, kata Nasir Search akan menyanyikan sekitar 25 lagu-lagu yang hampir sama seperti konsert-konsert sbeelumnya antaranya berjudul Rozana, Bisa, Isi Dan Kulit dan Balada Pemuzik Jalanan. 

Sah! Afdlin Shauki Akan Sertai UMNO



KUALA LUMPUR – Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau akan menyertai UMNO.Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun Salim Bachik berkata, penyertaannya di dalam parti itu adalah hasil perbincangannya dengan ramai sahabatnya sebelum ini.Sehubungan itu beliau akan menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli petang ini juga.

” Ya, saya berhasrat untuk menjadi ahli UMNO dan akan ke PWTC untuk menyerahkan borang,” katanya pada Mynewshub.My di sini hari ini.

Rakan dan juga sahabatnya Bob Lokman juga sebelum ini memilih platform politik tetapi di dalam parti Pas.
Ironinya, kedua-dua mereka pernah berkerjasama dan menjadi juri dalam pertandingan Raja Lawak yang pernah disiarkan oleh Astro.







Pada 14 Oktober lalu seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.


Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.Media sebelum ini juga pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak. Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’ ??



KLUANG – Seorang ibu yang membawa anaknya berusia setahun dicekup berkhalwat bersama pasangannya dalam satu Operasi Cegah Maksiat Ambang Tahun Baru di sebuah bilik hotel bajet di sini,lewat pagi semalam.Malah, pasangannya yang berstatus duda yang turut membawa anaknya berusia lima tahun di dalam bilik berkenaan.


  Pada awal siasatan, pasangan itu mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi helah itu tidak menjadi selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan yang sah.Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit untuk membuka pintu.

“Sebaik pintu dibuka, duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang, sementara ibu muda berusia 24 tahun itu memakai seluar ketat serta kemeja T di samping anak masing-masing yang tidur di atas katil.

“Mereka memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dai Pahang.

“Bagaimanapun, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri serta akan berkahwin tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian, awal pagi semalam.

  Dalam operasi yang dijalankan bersama anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota, tiga pasangan lain termasuk dua pasangan warganegara Indonesia turut ditahan.

  Kesemua pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa menjaga maruah diri dan tidak hanya mengikut nafsu.

“Kita melakukan operasi sepanjang masa dan orang ramai boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-3072 yang dibuka 24 jam bagi melaporkan kejadian maksiat di seluruh negeri ini,” katanya.

Pelajar Genius Nur Amalina Berubah Kerana Kejutan Budaya?



KUALA LUMPUR – Nama Nur Amalina Che Bakri tiba-tiba meletup di internet ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang didakwa gambar pelajar genius berbangsa Melayu itu yang agak kurang manis dipandang oleh rakyat negara ini.
Tujuh tahun dulu, nama Nur Amalina menjadi sebutan disanjung tinggi ekoran kejayaannya menempa sejarah memperoleh 17 A1 untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negara.
Beliau kemudiaannya melanjutkan pelajaran di University of Edinburgh, Scotland, di dalam dua bidang ijazah iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi serta ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
Nur Amalina sekali lagi menjadi buah mulut rakyat negara ini apabila beliau didakwa gagal dalam pengajiannya dan pulang ke tanahair secara ‘senyap-senyap’.
Bagaimanapun, desas-desus itu ternyata palsu apabila laporan menunjukkan bahawa gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan, itu masih lagi mengikuti kursus-kursus ijazahnya seperti biasa di universiti tersebut.
Namun pada permulaan tahun 2012 ini, namanya menjadi sebutan ramai yang mengecam Nur Amalina ekoran beberapa keping gambar seorang gadis seksi yang didakwa dirinya tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kelihatan ‘liar’ berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.
Persoalannya, benarkah Nur Amalina telah berubah dan terpengaruh dengan unsur kejutan budaya ketika melanjutkan pengajian di luar negara?
Beberapa blog bergenre hiburan dan politik turut memuatkan gambar-gambar seksi Nur Amalina di laman web masing-masing dan mempersoalkan tentang identiti beliau yang jelas lebih kebaratan berbanding dahulu.
Antara blog yang menyiarkan gambar-gambar tersebut ialah Mediamalaya.com, Ceritamamat.com, Theflyingkick.blogspot.com dan banyak lagi.
Bagaimanapun, gambar-gambar yang dikatakan diambil dari laman sosial Facebook milik Nur Amalina itu telah dikeluarkan dari akaun tersebut setelah ia ‘bocor’ dan menggemparkan dunia siber negara ini semalam.
Sekiranya benar dakwaan bahawa gadis di dalam gambar tersebut adalah Nur Amalina, rakyat negara ini sudah tentu tidak punya hak untuk menentukan imej penampilan beliau mahupun apa jenis pakaian yang dikenakan dan sebagainya.
Namun, penulis pasti ramai di kalangan rakyat negara ini mahu Nur Amalina mengekalkan imej lamanya dahulu dan sudah semestinya anak gadis Che Bakri ini perlu menutup aurat meskipun berada jauh dari keluarga di Malaysia.
Apa yang perlu, doakan saja agar Nur Amalina mencapai kejayaan di dalam pengajiannya di luar negara dan pohonlah agar beliau kembali ke imej asal sebagai seorang gadis berbangsa Melayu yang kuat pegangan Islamnya.
Berikut adalah beberapa keping gambar Nur Amalina yang telah tersebar sebagaimana yang dimaksudkan:

Senarai 10 Saman Paling Mengarut



Los Angeles – Saman yang dikemukakan oleh penculik ke atas mangsanya sehingga dia ditangkap oleh polis, menduduki carta teratas dalam 10 Saman Paling Mengarut pada tahun lalu yang dikeluarkan oleh ILR.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan ILR itu, saman `gila’ dan mengarut itu menjadi bahan ketawa banyak pihak.
Presiden ILR, Lisa Rickard dalam kenyataan itu berkata, ia juga menunjukkan bahawa undang-undang telah disalah gunakan oleh pihak tertentu yang bukan sahaja menyebabkan kehidupan mereka yang disaman terjejas, malah ia juga memberikan kesan kepada pekerjaan dan pembangunan ekonomi negara.
Keputusan tinjauan saman paling mengarut itu dibuat oleh orang ramai yang mengundi melalui laman web FacesOfLawsuitAbuse.org .
Dan ini adalah senarai 10 Saman Paling Mengarut tahun lalu yang dipilih oleh orang ramai.
• Pasangan penculik menyaman mangsa kerana gagal membantu mereka mengelak daripada ditangkap polis
• Seorang lelaki yang membawa senjata haram ke dalam bar dan cedera dalam pergaduhan telah menyaman pemilik bar berkenaan kerana gagal mencarikan senjatanya.
• Seorang remaja menyaman ibunya kerana gagal menghantar kad dan mainan yang disukainya.
• Seorang wanita yang tidak bersetuju dengan pulangan wang sebanyak 80 sen telah menyaman pemilik pasaraya sebanyak AS$5 juta.
• Seorang ibu menyaman pemilik pra sekolah berhubung prospek kolej untuk anaknya.
• Seorang lelaki mengemukakan saman dengan alasan hakim yang mengendalikan kesnya terlalu tua.
• Seorang lelaki yang obes telah mengemukakan saman kerana ruang di gerai kedai burger terlalu sempit.
• Wanita menyaman penerbit filem kerana tidak banyak aksi memandu dalam filem bertajuk Drive.
• Penumpang sebuah kapal cruz menyaman kapal itu kerana bergerak terlalu laju sehingga menyebabkan bergoyang ke kiri dan kanan.
• Seorang ibu menyaman Chuck E. Cheese  kerana permainannya menggalakkan kanak-kanak berjudi.

Rozita Che Wan Bercinta Dengan Zain Saidin? (Beautiful Nara)

 
 
Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, telah dihubungi oleh Mstar Online berhubung dengan status hubungannya dengan pelakon dan model kacak, Zain Saidin, 27.

“Saya malas nak jawab tentang cerita ini kerana nanti orang akan kata saya syok sendiri. Lebih baik tanyakan sahaja kepada Zain.

Rozita yang juga mesra dengan panggilan Cik Ta juga menambah,

“Dia merupakan seorang yang baik dan pandai melayan anak-anak saya. Mereka juga sangat menyukai Zain.”

Zain yang dihubungi walau bagaimanapun dikatakan tergelak bila ditanya status hubungannya dengan Cik Ta yang juga pernah dikaitkan dengan Shahir Zawawi itu. Dia menyatakan mereka hanya teman rapat.

“Mereka memanggil saya ‘uncle’ dan saya memang suka melayan budak-budak. Mungkin cerita tentang hubungan cinta kami tersebar memandangkan kami sama-sama terlibat dalam drama Kiah Pekasam.”

Sabar sajalah, seperti Cik Ta, kami juga masih menunggu kenyataan yang pasti. Orang kata kalau ada jodoh, tak ke mana.

Sumber (Kopi Pasta): Beautiful Nara